Sabtu, 29 September 2012

Mesin pemarut kelapa.

Mesin pemarut kelapa jenis ini adalah jenis yang biasa digunakan di rumah dan juga pasar- pasar. Jenis ini senang nak diselenggarakan. Untuk tempahan santan dalam kuantiti yang banyak, mesin ini tidak sesuai untuk digunakan.
Ini kerana masa yang bayak dihabiskan untuk proses memarut kelapa.

Mesin pemerah santan.

Mesin pemerah santan yang digunakan ketika memproses santan segar. Selepas proses pemerahan santan, hanpas yang telah diproses akan dijadikan makanan binatang ternakan seperti ayam, itik dan juga burung puyuh.

Rabu, 26 September 2012

Kerisik Asli.

Kerisik biasanya digunakan dalam masakan. Masakan yang paling kerap menggunakan kerisik adalah seperti rendang, pajeri, serunding dan sebagainya. Fungsi kerisik dalm masakan seperti pajeri adalah untuk memekatkan masakan.


Santan segar.

Di Malaysia, santan sangat terkenal dalam masakan. Rata- rata rakyat Malaysia menggunakan santan dalam masakan, harganya pun boleh tahan juga.
Santan yang dikeluarkan oleh Syarikat Syahrul Santan Sg Manik merupakan santan segar yang tidak mengandungi bahan pengawet dan juga campuran lain.Kami menerima tempahan santan untuk kenduri, katering, kantin sekolah, dan sebagainya. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan percuma.
Kami menghantar santan dikawasan Sg. Manik, Langkap, Sg. Lampam, Teluk Intan dan juga berhampiran dengan Sg. Manik.

Untuk tempahan Santan dan kerisik boleh hubungi di talian seperti berikut:-
012-3173725/ 016-5392517 ( syahrul )