Isnin, 8 Oktober 2012

Santan segar.

Santan yang dihasilkan oleh SYH Santan Sg. Manik tidak mempunyai bahan pengawet dan segar. Ini di sebabkan SYH Santan Sg. Manik mengutamakan kesegaran santan yang akan diedarkan kepada pelanggan. Biasanya kami akan memproses santan apabila ada pelanggan menempah santan.
Pelanggan boleh menempah santan 1 hari awal atau semiggu sebelum. Walauapun pelanggan menempah awal, kami akan memproses santan mengikut tarikh yang di tetapkan oleh pelanggan.
Kami akan menghantar santan yang telah diproses kepada pelanggan dengan secara percuma dikawasan yang berhampiran Sg Manik. Kawasan yang biasa kami hantar dengan percuma ialah Sg Lampam, Langkap, Teluk Intan, Kampung Cenderong Balai dan banyak lagi yang berhampiran. Kami mahukan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.
Kami memiliki kebun yang dipajak sebanyak 6 buah kebun. Alhamdulillah sepanjang perkhedmatan, kami belum pernah mengalami putus bekalan kelapa. Pada bulan puasa yang lalu, purata tempahan santan harian kami sebanyak 100kg dan telah menggunakan kelapa sebayak 400bj sehari.
Insyaallah kami akan buat dengan sehabis baik demi menjaga pelanggan yang di kasihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan